Eksplorasi Gunung Stong Ayam Baha

3 PUNCAK- GUNUNG STONG, GUNUNG AYAM & GUNUNG BAHA



LOKASI: Gunung Stong, Dabong, 18200 Kuala Krai, Kelantan
TARIKH: 14 - 16 March 2019
JUMLAH AHLI: 16 Orang
KUMPULAN: Pohon Teduh





Mendaki di 3 Puncak Gunung Stong, Baha & Ayam antara salah satu pengalaman pendakian yang kami tidak mungkin boleh lupakan dengan keindahan Air Terjun Jelawang yang cukup terkenal buat para penggemar waterfall dan merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Disajikan dengan sunrise di awal pagi di Kem Baha, dihidangkan dengan pemandangan himpunan lautan awan kapet sehingga membentuk negeri di atas awan sambil melihat terbitnya pancaran cahaya matahari keemasan di sebalik awan. Subhanallah cukup mengagumkan seolah-olah berada di kayangan.  
SUNGGUH INDAH CIPTAANMU YA ALLAH......




INFO: Gunung Stong terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan. Gunung ini mempunyai ketinggian 4,664 kaki (1,421 meter) dari aras laut. Gunung ini merupakan gunung yang amat popular di kalangan pendaki dari seluruh Malaysia. Tarikan utama yang terdapat di gunung ini ialah air terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut dan merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. 

KETINGGIAN :
Kem Baha 463 Meter
Gunung Baha 1450 Meter
Gunung Ayam 1550 Meter
Gunung Stong 1422 Meter


Air Terjun Jelawang dengan ketinggian 303 Meter dari aras laut atau anggaran ketinggian bangunan 30 tingkat

Trip pendakian 3 Puncak berlangsung selepas musim tengkujuh iaitu bertarik 14-16 March 2019. Kalau ikutkan kami plan semua ini dari bulan 1 tahun lepas lagi, jadi perasaan teruja dan ingin merasa semua ini teramat sangat. Almaklumlah setahun kot plan benda ni. Trip mendaki 3 Puncak Stong, Ayam dan Baha dianjurkan oleh team kami sendiri yang diberi nama POHON TEDUH. Peralatan camping, guide, transport dan macam2 lah semua dari team kami sendiri. Trip selama 3 hari 2 malam dan melibatkan 16 orang lineup iaitu 12 lelaki & 4 perempuan. Cukup meriah dengan pelbagai ragam dan karenah disepanjang trip ini.



[Afiq]
“Belajar tentang alam, mencintai alam, dan tetap dekat dengan alam, hal itu tidak akan membuat kamu gagal.”
















[Daus]
“Ketika kamu mendaki, tidak perlu fokus untuk mendapat puncak tetapi nikmatilah pendakianmu senikmat mungkin.”
















[Hafiz]
 “Keluarlah menjelajah alam yang luas, maka anda akan menjelajah erti dari sebuah kehidupan.”
















[Atiq]
 "Setiap puncak yang kamu takluki akan mengajarkan kamu sesuatu."

















[Syamer]
 "Hanyalah persiapan, pengetahuan dan pengalaman yang membuatkan kita mampu bertahan untuk hidup." 
















[Liza]
 “Gunung itu seperti Ibu, ia adalah tempat pelarian terbaik disaat diri kita sedang memerlukan semangat baru.”
















[Sapek @ Syafiq]
"Kita tidak akan pernah mampu menakluki gunung kerana bukan gunung yang kita takluki, tetapi melainkan diri kita sendiri."
















[Nina]
 “Keindahan alam lebih dari cukup untuk menyejukkan hatimu yang bersedih dan menyembuhkan hatimu yang terluka.”
















[Abe @ Saini]
 "Tempat awal pendakian sampai tempat akhir pendakian adalah sebuah jawapan dari pertanyaan kenapa kita mendaki." 
















[Che Su]
 “Alam telah wujud sejak berjuta tahun lamanya. Kerana itu alam akan mengajar kita lebih banyak pengetahuan dan pengalaman daripada orang-orang bijak yang pernah kita temui.”














[Mek Ngah@ Wanie]
Kerana itu Orang yang mampu menggerakan gunung adalah orang yang mulai mengangkut batu-batu kecil secara bertahap.”
















[King @ Shafril]
Pendaki gunung itu sangat romantis, mencintai hujan dan suka bermain sajak serta syair untuk perempuan.”


















[Farious]
Aliran air terjun di gunung mampu menembusi batu-batu sekeras apapun. Ini menunjukan bahawa kelembutan mampu mengalahkan kekerasan.”















[Sudi]
Orang sombong adalah seperti seseorang yang berada di puncak gunung, ia memandang orang di bawahnya kecil, padahal orang juga memandangnya kecil.”
















14 MARCH 2019 | KHAMIS

PART 1

Pukul 2 pagi kami dah berkumpul di tapak menara KPJ, Kuala Lumpur menunggu Van Gunung datang ambil kami. Kebanyakan team kami bekerja sebagai customer service dan ada yang baru habis kerja pukul 12 Malam.Mungkin ada yang penat lelah dekat situ sebab tak cukup tidur. Lepas habis kerja terus balik rumah untuk mandi,ambik barang dan datang pula ke ofis...



Pukul 2 Pagi, team kami sedang menunggu Van Gunung Datang. Kelihatan dari riak wajah Sudi, Nina, Che Su macam teruja sangat walaupun penat
        
           
Selepas semua dah berkumpul,van gunung pun dah sampai. Semua bekerjasama packing barang2 ke dalam van dan terus bertolak ke destinasi dalam pukul 3 pagi..Suasana gembira tak dapat di bayangkan kerana dapat berkumpul ramai2 dalam 1 van. On the way ke destinasi, x semuanya tidur, ada yang tengah borak2, ada yang tengah tengok game bola, time tu champion league (1/8-finals)..team Liverpool vs Bayern Munich, Tottenham vs Dortmund, Ajax vs Real Madrid, Barcelona vs Lyon...


Tengah packing barang2 dalam van

Van Gunung: Luas dan selesa, muat 15 penumpang termasuk muatan barang2

Siapa berminat untuk booking Van Gunung. Boleh hubungi nombor dibawah

Harga: RM110/Seorang (Pergi-Balik)
H/P: 0104206899
Nama: En. Fairul Azuan
Service: 5/5 bintang 

*Harga bergantung lokasi. Macam kami dari KL - Dabong,Kelantan 


Tengah happy2 semua

haiiii..Sapek2 tengah intai apa tu....3 gadis yang selalu join kami. Nina, Liza & Chesu


Setelah perjalanan kami hampir 3 jam, sampailah kami di hentian gua musang dalam pukul 6 pagi. Berhenti sekejap untuk solat subuh, buang air dan minum tea panas. Masing2 tak sabar nak sampai ke destinasi dalam sejam lebih lagi.



Hentian Gua Musang: Tengah borak apa entah..yang minum air berapa kerap saja. Farious, kau tengah bincang apa dengan Liza?

Setelah 45 minit berehat di hentian gua musang, kami meneruskan perjalanan. Masing2 dah tak tidur atas dasar teruja yang amat sangat. Laluan kami melalui Jambatan sementara Gua Musang-Dabong .Jambatan sebenar runtuh disebabkan banjir Banjir Besar 2014.

 


Tepat pukul 8 Pagi, tibanya kami di sebuah perkampungan dekat dabong. Kami berhenti sekejap untuk makan sarapan pagi di gerai kampung. Kalau dekat kelantan, sarapan pagi memang agak berat. Sarapan pagi dekat kelantan seperti makan tengah hari

Atiq, orang tengah makan, ko nak pegi mana tu?

Tengah seronok menjamu sarapan pagi dengan hirupan udara segar kampung
Selepas menjamu selera dengan nasi berlauk bungkus hampir sejam di geraitersebut, kami teruskan perjalanan ke kaki gunung stong / tapak chelet. Jarak dekat saja lebih kurang 7-8KM sahaja. Sebelum sampai di kaki gunung, singgah sebentar tepi jalan. Kelihatan air terjun jelawang. Sungguh cantik dari jauh apatah lagi dekat

Kalau ikutkan perancangan kami sebelum ke tapak kaki gunung/ tapak resort, kami bercadang untuk explore 3 gua iaitu Gua Keris, Gua Tali dan Gua Gelap yang terletak lebih kurang 7 km daripada Pekan Dabong. Di atas persetujuan ahli -ahli, kami terpaksa skip atas alasan dan sebab yang tidak dapat dielakkan

Cantik tak pemandangan dari jauh
Bergambar dulu..Yang lain x nak turun dah..

Tepat pukul 9 pagi kami tiba di kaki gunung/tapak resort. Terus keluarkan barang2 dan kumpulkan di satu tempat. Sementara tunggu guide sampai, kami siapkan diri dulu, mandi dan bersihkan diri supaya bagi segar sikit tubuh badan. Jap lagi dah nak hiking dah..

Agihan barang2 untuk dimasukan ke dalam beg ahli masing2

Farious, orang tengah sibuk buat kerja, kau sempat lagi berselfie

Ketibaan GUIDE iaitu Abang Jay Stong dan pembantu Amar (Achik)  yang akan memandu arah peserta untuk mendaki Gunung Stong. GUIDE telah menguruskan permit mendaki dari pejabat Hutan Tanah Merah dan urusan menghantar senarai nama ke balai polis Dabong.

Permit: RM10/Seorang
Guide: RM600/12 Orang


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat guide ini boleh contact info dibawah
  • Abang Jay Stong (HP: 0129376922 )
  • Amar @ Achik (HP: 01116940941)
 *service memang terbaik. Harga boleh runding
Kiri: Abang Jay, Kanan: Achik

























































Comments

Post a Comment